Pages

Wednesday, March 19, 2014

Program Hayya 'Alas Shalah 2014


Program Hayya 'Alas Shalah merupakan  aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama pada setiap cuti penggal pertama persekolahan. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk menggalakkan para pelajar bagi melaksanakan rukun Islam yang kedua dan membimbing pelajar untuk mengerjakan shalah dengan lebih sempurna. Program ini mensasarkan penyertaan para pelajar yang menuntut dalam Tahun 10 dan Tahun 11 di sekolah-sekolah menengah kerajaan dan swasta di seluruh negara.


Program Program Hayya 'Alas Shalah bagi tahun ini telah diadakan pada 17 Mac 2014 Masehi bersamaan dengan 15 Jamadilawal 1435 Hijrah bertempat di Dewan Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Mutawakillah Hayatul Bolkiah, Serusop. Program yang dikendalikan bersama oleh Unit Sekolah Menengah dan Unit Sekolah Swasta, Bahagian IRK, Jabatan Pengajian Islam ini telah dilaksanakan dengan jayanya melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan dan kerjasama daripada Ketua-Ketua Guru Ugama yang menjadi fasilitator serta pembimbing pelajar.


 Di antara fasilitator yang turut menjayakan program ini sedang tekun menunjukkan cara-cara menabur pasir yang akan digunakan untuk bertayamum.


 Peserta program melakonkan cara-cara bertayamum secara praktikal


Di antara Ketua-Ketua Guru Ugama yang menjadi fasilitator dan pembimbing

No comments:

Post a Comment