Bahagian Kenaziran melalui Unit IRK di Jabatan Pengajian Islam telah mengadakan satu taklimat dan kongsi sama bagi mata pelajaran Pengetahuan Ugama Islam (IRK) pada 6 Februari 2014 Masehi bertempat di Dewan Sukma, Sekolah Rendah Rimba II. Peserta yang mengikuti sesi taklimat tersebut adalah terdiri daripada Ketua-Ketua Guru Ugama yang bertugas di sekolah-sekolah rendah dan menengah sama ada di sekolah kerajaan mahu pun swasta.
Agenda taklimat yang disampaikan adalah seperti berikut:
- Tanggungjawab Ketua Guru Ugama di sekolah / jabatan
- Peruntukan masa / period mengajar
- Fokus penilaian semasa lawatan (Sukatan Pelajaran / Skim Kerja / Plan Tindakan)
- Catatan kerja bertulis murid / Persediaan Mengajar
- Etika kerja / profesion guru
"Guru-guru hendaklah memiliki tiga perkara iaitu BEKARIH, BEJARIH dan BELURIH!"
Tekun mendengar taklimat yang disampaikan
Di antara Ketua-Ketua Guru Ugama yang menghadiri taklimat
No comments:
Post a Comment