Bagi meningkatkan lagi pencapaian keputusan GCE O' Level dalam mata pelajaran IRK, Jabatan Pengajian Islam melalui Unit Sekolah Menengah Kerajaan & Swasta di Bahagian IRK telah mengusahakan satu sesi kongsisama di antara guru-guru IRK yang terlibat mengajar pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan GCE O' Level pada tahun ini.
Seramai lebih seratus orang guru-guru IRK telah menghadiri sesi kongsisama tersebut yang mana telah diadakan pada 30 April 2014 di Dewan Kuliah Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Turut hadir dalam sesi kongsisama itu ialah Ustazah Hajah Surbiah Binti Haji Tengah, Penolong Pengarah Institusi Pengajian di Jabatan Pengajian Islam, Ustazah Hajah Sarimah Binti Haji Ahmad, Ketua Bahagian IRK, Ustaz Haji Japar Bin Haji Ibrahim, serta para pegawai di Unit Sekolah Menengah Kerajaan & Swasta.
Alhamdulillah, para pembentang kongisama telah memberikan teknik-teknik dan panduan yang menarik kepada guru-guru IRK untuk dikongsikan bersama pelajar-pelajar di sekolah masing-masing. Manakala guru-guru yang hadir juga memberikan respon yang positif dan mengajukan berbagai pertanyaan kepada pembentang diakhir kongsisama.
No comments:
Post a Comment