Pages

Wednesday, October 22, 2014

Tatacara Menghadapkan Permohonan Ke Bahagian Kewangan, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama



TATACARA MENGHADAPKAN PERMOHONAN
KE BAHAGIAN KEWANGAN (PERKHIDMATAN KORPORAT
JABATAN PENGAJIAN ISLAM
KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

(A) BERHUBUNG DENGAN ELAUN

1.        PERMOHONAN PINJAMAN WANG BAGI PEMBELIAN KENDERAAN
1.1      BAGI PEGAWAI ATAU KAKITANGAN YANG BERJAWATAN TETAP:
(a)    Borang dan surat permohonan hendaklah disertakan.
(b)   Salinan Kad Pengenalan / pintar.
(c)    Salinan Lesen Memandu.
(d)   Salinan Slip Gaji yang terakhir.
(e)   Salinan kebenaran pinjaman yang lalu jika ada, berserta dengan salinan Slip Gaji terkini.
(f)     Bagi pegawai atau kakitangan yang baru berkhidmat atau baru pernah memohon sila sertakan Surat Tawaran Jawatan (JPA), salinan Surat Lantikan (JPA), salinan Surat Makluman Melapor Diri (JPA) atau Surat Penetapan Jawatan hendaklah disertakan.


1.2      BAGI PEGAWAI ATAU KAKITANGAN YANG BERJAWATAN SEBULAN KESEBULAN / OPEN VOTE / KONTRAK ATAU DALAM PERCUBAAN:
(a)    Borang permohonan.
(b)   Borang Penjamin, borang penjamin hendaklah diisikan oleh 2 orang penjamin yang berkhidmat dengan kerajaan dan mestilah berjawatan TETAP dan Kad Pengenalan Penjamin tersebut hendaklah disertakan.
(c)    Salinan Kad Pengenalan pintar pemohon.
(d)   Salinan Lesen Memandu.
(e)   Salinan Slip Gaji yang terakhir.
(f)     Memorandum penyambungan sebulan ke sebulan hanya bagi permohonan yang berjawatan sebulan ke sebulan.
(g)    Salinan tuntutan perjalanan 3 bulan kebelakangan hanya bagi pemohon di dalam bahagian IV yang ingin mendapatkan pinjaman sebanyak $9,500.00.
(h)   Salinan Kebenaran Pinjaman yang lalu jika ada, berserta dengan Salinan Slip Gaji Terkini.
(i)      Bagi pegawai atau kakitangan yang baru berkhidmat atau baru pernah memohon. Sila sertakan salinan Tawaran (JPA) salinan Surat lantikan (JPA), salinan Surat Makluman Melapor Diri (JPA) atau Surat Kebenaran Penyambungan Kontrak hendaklah disertakan.

2.        PERMOHONAN MENUNTUT ELUAN DARI RUMAH KE PEJABAT / SEKOLAH
(a)    Borang dan surat permohonan hendaklah disertakan.
(b)   Salinan Blue Card 3 bulan sebelum mansuh.
(c)    Salinan Lesen Memandu, 3 bulan sebelum mansuh.
(d)   Salinan Kad Pengenalan.
(e)   Elaun dari rumah ke pejabat / sekolah hanya akan dibayar pada tarikh diluluskan, bukan tarikh membuat permohonan.


3.      PERMOHONAN ELAUN PERJALANAN TETAP / HITUNG KILOMETER / PEMBEBASAN CUKAI JALAN RAYA / LESEN MEMANDU PERCUMA
3.1      BAGI PERMOHONAN ELAUN H1TUNGAN KILOMETER (dituntut setiap bulan):
(a)    Borang dan surat permohonan hendaklah disertakan.
(b)   Salinan Kad Pengenalan dan Salinan Lesen Memandu yang sah (3 bulan sebelum mansuh).
(c)    Salinan surat lantikan Guru Besar ataupun Ketua Guru.

3.2      BAGI PERMOHONAN ELAUN PERJALANAN TETAP (dibayar setiap bulan melalui slip gaji)
(a)      Borang dan surat permohonan hendaklah disertakan.
(b)     Salinan Kad Pengenalan dan Salinan Lesen Memandu yang sah dan 3 bulan sebelum mansuh.
(c)      Salinan Kad Pendaftaran Kereta (Blue Card) dan Salinan Insuran yang sah dan 3 bulan sebelum mansuh.
(d)     Salinan Tuntutan Hitung Kilometer 3 bulan kebelakangan yang melebihi 322 km sebulan.
(e)      Salinan Kebenaran yang lalu, jika ada.

3.3      BAGI PERMOHONAN PEMBEBASAN CUKAI JALAN RAYA ATAU LESEN MEMANDU PERCUMA:
(a)       Memorandum atau surat sokongan daripada jabatan atau kementerian.
(b)      Surat daripada pemohon ingin memohon pembebasan Cukai Jalan Raya.
(c)       Salinan kebenaran elaun perjalananan bagi kenderaan yang dipohonkan.
(d)      Salinan Kad Pendaftaran Kenderaan bagi kenderaan yang dipohonkan.
(e)      Kebenaran lalu, jika ada bagi pemohon yang pernah diberikan kebenaran sebelumnya.
(f)        Bagi pemohon yang diberikan kebenaran elaun perjalanan di bawah kategori F yang ingin memohon bebas cukai Jalan Raya dan lesen memandu percuma hendaklah menghadapkan salinan tuntutan hitung kilometer yang melebihi 322 km.

4.        PERMOHONAN ELAUN CUTI (4 TAHUN)
(a)       Borang dan surat permohonan hendaklah disertakan.
(b)      Salinan Kad Pengenalan.
(c)       Salinan Sijil nikah.
(d)      Salinan Surat beranak / kad pintar anak.
(e)      Salinan sijil anak angkat / surat izin bagi pengambilan anak angkat (jika berkenaan).
(f)        Salinan memo / surat kebenaran menghadiri kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (jika berkenaan).
(g)      Surat melapor diri bertugas setelah menamatkan kursus bergaji bulan / sebulan ke sebulan / Open Vote.
(h)      Salinan memo / surat kenaikkan pangkat (jika berkenaan).
(i)         Surat tawaran dari JPI bergaji bulan / sebulan ke sebulan / Open Vote.
(j)        Surat Lantikan dari SPA bergaji bulan / sebulan ke sebulan / Open Vote.
(k)       Salinan sijil cerai (jika berkenaan).
(l)         Salinan sijil beranak dan mati suami (jika berstatus balu).
(m)    Salinan surat mahkamah Syariah ke atas penjagaan anak (jika berkenaan)
(n)      Surat pengesahan Penghulu Ketua / Kampong atas taraf kelamin dan anak tanggungannya (jika berkenaan).
(o)      Salinan Slip Gaji yang terakhir.
(p)      Salinan nombor akaun buku bank, muka hadapan sahaja.

5.        PERMOHON ELAUN TAMBANG (10 TAHUN)
(a)       Borang dan surat permohonan hendaklah disertakan.
(b)      Salinan Kad Pengenalan.
(c)       Salinan Sijil nikah.
(d)      Salinan surat cuti (cuti tahunan / mandatori) yang dibenarkan (jika berkenaan)
(e)      Salinan memo / surat kebenaran menghadiri kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (jika berkenaan).
(f)       Salinan memo / surat melapor diri untuk bertugas setelah menamatkan kursus (jika berkenaan),
(g)       Surat melapor diri bertugas bergaji bulan / sebulan ke sebulan / Open Vote.
(h)      Surat tawaran dari JPI bergaji bulan/ sebulan ke sebulan / Open Vote,
(i)         Surat Lantikan dari SPA bergaji bulan / sebulan ke sebulan / Open Vote.
(j)        Slip Gaji yang terakhir.
(k)       Salinan nombor akaun buku bank, muka hadapan sahaja.

6.        PERMOHONAN PINJAMAN PERUMAHAN
(a)       Borang dan surat permohonan hendaklah disertakan.
(b)      Salinan geran tanah atas nama suami isteri, jika permohonan bersama / Surat dari pejabat tanah, jika masih dalam proses.
(c)       Salinan Kad Pintar suami isteri, jika permohonan bersama.
(d)      Salinan slip gaji terbaru suami isteri, jika permohonan bersama.
(e)      Kebenaran memiliki tanah.

7.        PERMOHONAN TAMBANG KURNIA BAGI MENUNAIKAN FARDHU HAJI
(a)       Surat Permohonan.
(b)      Borang tambang kurnia 1 keping (didapati di Jabatan Urusan Haji).
(c)       (Borang hanya dikeluarkan, jika ada pengumuman di Radio / TV).

8.      PERMOHONAN TAMBANG MURAH KANAK-KANAK UNTUK PEGAWAI TEMPATAN
(a)       Borang dan surat permohonan hendaklah disertakan.
(b)      Salinan Kad Pintar.
(c)       Salinan nombor akaun buku bank, muka hadapan sahaja.
(d)      Resit-resit yang berkaitan.

9.        PERMOHONAN ELAUN PELAJARAN BAGI KAKITANGAN KERAJAAN
(a)       Borang dan surat permohonan hendaklah disertakan.
(b)      Salinan Kad Pintar.
(c)       Surat Tuntutan / Claim Letter.
(d)      Salinan asal perjanjian penyewaan tempat tinggal serta resit asal pembayaran (bagi anak yang menuntut di luar negeri).
(e)      Jika pemohon bercerai, sila sertakan salinan sijil cerai serta surat penjagaan anak dari mahkamah.
(f)        Surat Berhenti, jika pindah sekolah.
(g)       Sijil Kelahiran anak.
(h)      Sijil Anak Angkat, jika anak angkat.
(i)         Sijil Nikah.
(j)        Pengesahan Kementerian / Jabatan dalam borang bahagian C, disahkan oleh Ketua Bahagian Kewangan bagi pihak Pengarah.

10.  TUNTUTAN ELAUN MENGAJAR MENENGAH / SANIBILAN / KELAS DEWASA LANJUTAN / SKIM TILAWAH REMAJA / GURU SANDARAN
(a)       Borang tuntutan (2 salinan termasuk yang asal).
(b)      Borang EFT (1 Keping).
(c)       Borang Vendor, bagi tuntutan kali pertama (1 Keping).
(d)      Surat Kebenaran Mengajar (1 salinan).
(e)      Salinan nombor akaun buku bank, muka hadapan sahaja 1I salinan).
(f)        Salinan Kad Pintar (1 salinan).

11.      MENUKAR ALAMAT DALAM SLIP GAJI
(a)       Salinan hadapan slip gaji (2 salinan).
(b)      Membuat catatan dalam salinan slip gaji alamat baru yang hendak dimasukkan dalam slip.


PERINGATAN:
Dikehendaki 3 Salinan bagi permohonan perkara 1 hingga 9 bagi tujuan berikut:
1)      1 salinan untuk simpanan fail Pegawai Pengajian Islam / ketua Unit-Unit.
2)      1 salinan untuk simpanan fail Unit Pentadbiran Am.
3)      1 salinan untuk dihadapkan ke Kementerian Kewangan.



(B) BERHUBUNG DENGAN PROSES PEMBELIAN

1.     PEMBELIAN BARANG-BARANG, PERKAKAS / PERALATAN SEKOLAH DI BAWAH PERBELANJAAN $2,000.00
(a)       Minit permohonan dari sekolah.
(b)      Sebut harga/ Quotation dari syarikat-syarikat.

2.   TUNTUTAN DAR1PADA SYARIKAT / PEMBEKAL SETELAH KERJA-KERJA / PERALATAN / PERKAKAS DIBEKALKAN.
(a)       Minit pemberitahuan dari sekolah.
(b)      Invoice / surat tuntutan dari syarikat yang sudah ditandatangani & di COP FR75.
(c)       EFT (Electronic Fund Transfer).
(d)      Sijil 16 & 17.



(C) BERHUBUNG DENGAN PERMOHONAN PENGHAPUSAN

(a)       Minit permohonan dari sekolah.
(b)      Borang penghapusan.
(c)       Dokumen-dokumen yang berkenaan disertakan gambar berwarna.
(d)      Jika mesin / barang elektronik, laporan TIR diperlukan.



(D) BERHUBUNG DENGAN WANG KANTIN DAN YURAN

1.        PERMOHONAN MEMBUKA AKAUN BANK SEKOLAH:         
(a)       Borang permohonan.
(b)      Salinan kad Pintar Guru Besar dan Guru berkenaan.
(c)       Surat lantikan Guru Besar.
                     
2.        PERMOHONAN MENUTUP AKAUN BANK SEKOLAH :                         
(a)       Borang permohonan.
(b)      Salinan depan muka surat akaun bank dan akaun bank yang terkini.

3.        PERMOHONAN MENUKAR AKAUN BANK SEKOLAH :
(a)       Borang permohonan.
(b)      Salinan Kad Pintar Guru Besar dan Guru berkenaan
(c)       Salinan depan muka surat akaun bank dan akaun bank yang terkini.

4.      PERMOHONAN MENUKAR NAMA GURU BESAR DALAM AKAUN BANK SEKOLAH :
(a)       Borang permohonan.
(b)      Salinan surat lantikan Guru Besar berpindah sekolah.
(c)       Salinan depan muka surat akaun bank dan akaun bank yang terkini.

5.   PERMOHONAN MENGELUARKAN WANG SEKOLAH :
(a)       Borang permohonan.
(b)      Minit Mesyuarat.
(c)       Salinan depan muka surat akaun bank dan bank yang terkini.

6.  PERMOHONAN MENUKAR NAMA GURU BESAR DALAM AKAUN BANK SEKOLAH :
(a)       Borang permohonan.
(b)      Salinan Kad Pintar Guru berkenaan.
(c)       Salinan depan muka surat akaun bank dan akaun bank yang. terkini.


No comments:

Post a Comment