Majlis khatam Al-Quran bagi guru-guru IRK merupakan aktiviti anjuran Bahagian IRK, Jabatan Pengajian Islam yang diadakan setiap tahun pada bulan Ramadhan sempena menyambut Nuzul Al-Quran. Majlis ini disertai oleh guru-guru agama di Bahagian IRK, Jabatan Pengajian Islam dari seluruh negara.
Pada tahun ini, majlis ini telah diadakan pada hari Ahad, 18 Ramadhan 1436 Hijrah bersamaan dengan 5 Julai 2015 Masehi di Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong. Tetamu Kehormat bagi majlis ini ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Adnan bin Haji Adam. Turut hadir menyerikan majlis ialah Pengarah Pengajian Islam, Ustazah Hajah Rusita binti Haji Yahya dan Penolong Pengarah Pengajian Islam, Ustazah Hajah Surbiah binti Haji Tengah serta pegawai-pegawai dari Jabatan Pengajian Islam.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang diketuai oleh tetamu kehormat majlis dan kemudiannya diteruskan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari surah Ad-Dhuha hingga surah An-Nas secara beramai-ramai oleh peserta khatam. Manakala bacaan takhtim dibacakan oleh peserta-peserta khatam perempuan yang diketuai oleh Ustazah Erny Azrena binti Haji Hassan. Doa khatam pula dibacakan oleh Ustaz Saiful Bahri bin Haji Ahmad.
Majlis kemudiannya diselajurkan dengan majlis perpisahan dan mengenang jasa Ustazah Dayang Hajah Sarimah binti Awang Haji Ahmad, Ketua Bahagian IRK, yang akan mengikuti suaminya ke Republik Arab Mesir kerana dilantik sebagai Duta di negara berkenaan. Bacaan doa selamat bagi majlis perpisahan ini dibacakan oleh Ustaz Haji Salleh bin Haji Nasir.
Tetamu kehormat majlis (berbaju warna ungu) dan isteri (bertudung warna putih)
serta pegawai-pegawai dari Jabatan pengajian Islam
serta pegawai-pegawai dari Jabatan pengajian Islam
Di antara guru-guru IRK yang hadir
Para peserta khatam
Bergambar kenangan bersama Ustazah Hajah Sarimah (berdiri di kanan)
yang akan mengikut suaminya bertugas sebagai Duta di Republik Arab Mesir
No comments:
Post a Comment