Alhamdulillah, Unit Sekolah Menengah dan Unit Sekolah Swasta melalui Bahagian IRK, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama telah mengadakan satu 'sesi kongsisama dalam usaha meningkatkan pencapaian mata pelajaran Pengetahuan Ugama Islam (IRK) di dalam peperiksaan BC GCE O' Level'.
Sesi kongsisama yang telah diadakan sebanyak 3 kali itu disasarkan kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pengetahuan Ugama Islam di sekolah-sekolah menengah kerajaan dan swasta di seluruh negara, khususnya kepada guru-guru yang terlibat mengajar para pelajar yang akan menduduki peperiksaan BC GCE O' Level pada tahun 2015, serta ketua-ketua guru ugama.
Berikut adalah tarikh dan tempat di mana sesi kongsisama tersebut diadakan:
- Kumpulan 1: 6 Mei 2015 di Ma'had Islam Brunei
- Kumpulan 2: 13 Mei 2015 di Sekolah Ugama Arab Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Damit
- Kumpulan 3: 20 Mei 2015 di Sekolah Ugama Arab Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Damit
Di antara tujuan kongsisama tersebut diadakan adalah untuk menganalisis soalan-soalan yang pernah dikeluarkan dalam peperiksaan BC GCE O' Level bagi mata pelajaran Pengetahuan Ugama Islam, serta mengongsikan beberapa tips, panduan dan teknik ulangkaji untuk pelajar-pelajar yang menghadapi kesukaran menghafal fakta dan isi pelajaran bagi mata pelajaran Pengetahuan Ugama Islam.
Bagi menjayakan sesi kongsisama itu, beberapa orang fasilitator yang juga merupakan ahli-ahli jawatankuasa meneliti BC GCE O' Level (Pengetahuan Ugama Islam) telah dilantik untuk meberikan taklimat dan kongsisama mengikut tugasan masing-masing. Fasilitator-fasilitator itu ialah:
- Esmadiah@Amirah binti Haji Kula
- Norhida binti Haji Badar
- Mohammad Khairul Azami bin Haji Japar
- Ashrulfazillah bin Haji Hussin
- Sufian bin Suhaili
- Mohammad Azri bin Haji Ahmad
- Kamariah binti Haji Abdul Razak
Secara keseluruhannya, sesi kongsisama itu berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan daripada peserta-peserta yang hadir di mana para peserta bukan saja terlibat aktif dalam membuat tugasan-tugasan yang diberikan, bahkan juga banyak menyumbang buah fikiran, teknik dan idea sepanjang sesi kongsisama berlangsung. Tahniah diucapkan kepada semua pihak dan peserta yang menjayakan sesi ini dan semoga dengan adanya usaha-usaha seperti ini akan dapat meningkatkan lagi peratus pencapaian kredit dalam peperiksaan BC GCE O' Level bagi mata pelajaran Pengetahuan Ugama Islam dan seterusnya menyumbang kepada kemajuan pendidkan Islam di negara ini.
Di antara fasilitator yang memberikan kongsisama
No comments:
Post a Comment