Pages

Tuesday, October 14, 2014

Program Syababul Islam 2014



Jabatan Pengajian Islam secara berterusan mengendalikan program-program sokongan ke arah meningkatkan penghayatan hidup berugama di kalangan pelajar-pelajar Islam di Negara Brunei Darussalam khususnya pelajar-pelajar sekolah menengah bagi membendung dan menangkis isu-isu sosial di kalangan remaja masa kini.


Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam sempena menyambut Perayaan  Ulang Tahun Ke-24 Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam pada 23  Februari 2008.

“BELIA adalah aset negara. Kerana itu, agenda pembinaan belia adalah amat penting untuk diberikan fokus. Mereka yang dibangunkan itu akan menjadi cermin kepada corak kepimpinan masa depan yang penuh dengan teka-teki”

Pada cuti persekolahan penggal kedua tahun ini, Jabatan Pengajian Islam menyusun atur rancangan untuk mengendalikan Program Syababul Islam kali ke-6.

Jabatan telah menyusun Program Syababul Islam bagi pelajar Tahun 9 dan Tahun 10 di sekolah-sekolah menengah seluruh Negara semasa cuti penggal II bermula pada 16 hingga 18 Jun 2014M.

1.      OBJEKTIF
1.1.                   Meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar mengenai cara hidup Islam.
1.2.                   Menjana minda bagi kesedaran hidup berugama.
1.3.                   Meningkatkan daya motivasi dan jati diri dalam kalangan pelajar.
1.4.            Membentuk peribadi dan akhlak yang mulia di kalangan pelajar.
1.5.            Melaksanakan aktiviti dan menerapkan nilai kerohanian dalam usaha meningkatkan penghayatan dan kesedaran dalam amalan ibadah harian sebagai seorang muslim.
1.6.            Mengeratkan silaturrahim antara pelajar-pelajar sekolah menengah seluruh negara.

2.      METODOLOGI
2.1.            Program ini adalah berteraskan kegiatan keugamaan dan kepimpinan.
2.2.            Percambahan Minda,  taklimat dan  ceramah
2.3.            Shalat fardhu berjemaah, kegiatan keugamaan, motivasi dan riadah
2.4.            Malam Silatur Rahmi
2.5.            Borang Kaji selidik akan diedarkan.

3.      SASARAN
Program ini disasarkan kepada pelajar-pelajar Tahun 9 dan Tahun 10 di sekolah-sekolah menengah seluruh Negara. Pelajar-pelajar yang turut serta seramai 82 orang lelaki dan 86 perempuan dari 44 buah sekolah-sekolah menengah seluruh Negara .

Kriteria pemilihan:
3.1.            Pelajar yang tidak menamatkan sekolah ugama.
3.2.            Pelajar yang memerlukan bimbingan khusus dalam penghayatan berugama.

Senarai sekolah yang dilibatkan:
1          Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan
2          Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali
3          Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna
4          Sekolah Menengah Awang Semaun
5          Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam
6          Sekolah Menengah Rimba
7          Sekolah Menengah Rimba II
8          Sekolah Sukan
9          Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien
10        Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri
11        Sekolah Menengah Menglait
12        Sekolah Menengah Sayyidina Hasan
13        Sekolah Menengah Sayyidina Husain
14        Sekolah Menengah Pehin Dato Seri Maharaja
15        Sekolah Menengah Lambak Kiri
16        Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajah Mariam
17        Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar
18        Sekolah Menengah Berakas
19        Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khattab
20        Sekolah Menengah Masin
21        Sekolah Seri Mulia Sarjana
22        Sekolah Menengah Saint Andrews
23        Sekolah Menengah Saint George
24        Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB
25        Sekolah Menengah Persatuan Guru-Guru Melayu Brunei
26        Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
27        Sekolah Menengah Nusa Laila Puteri
28        Sekolah Menengah Sufri Bolkiah, Tutong
29        Sekolah Menengah Muda Hashim, Tutong
30        Sekolah Menengah Tanjung Maya, Tutong
31        Sekolah Menengah Sayyidina Othman
32        Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha
33        Sekolah Menengah PJN Pengiran Haji Abu Bakar, Belait
34        Sekolah Menengah PAP Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah
35        Sekolah Menengah Sayyidina Ali, Mumong Belait
36        Sekolah Menengah Perdana Wazir, Belait
37        Maktab Anthony Abell, Seria
38        Sekolah Menengah Saint Margaret, Seria
39        Sekolah Menengah Saint John, Belait
40        Sekolah Menengah Saint James, Belait
41        Sekolah Menegah Saint Angela, Belait
42        Sekolah Menengah Chung Ching, Belait
43        Sekolah Menengah Chung Hwa, Seria
44        Sekolah Menengah Sultan Hassan, Bangar Temburong

4.      FORMAT PELAKSANAAN
4.1.                   Tarikh/Hari
Tarikh:             18 – 20 Syaaban 1435H / 16-18 Jun 2014M
Hari:                Isnin , Selasa dan Rabu (3 hari 2 malam)
Tempat:           Mahad Islam Brunei

4.2.                   Pendekatan
Secara berkampung dan kekeluargaan

4.3.                   Pengawas Pusat Program
Pengawas Pusat Program terdiri dari Ahli jawatankuasa yang dilantik dari kalangan Pegawai-pegawai Jabatan Pengajian Islam  dan Ketua Guru Ugama Sekolah Menengah.

No comments:

Post a Comment