Pages

Tuesday, January 21, 2014

Perjumpaan di antara Ketua-Ketua Unit dan Pembantu Pegawai dengan Ketua-Ketua Guru Ugama

Satu perjumpaan telah diadakan di antara Ketua Unit Sekolah Swasta , Ketua Unit Perangkaan & Teknologi Maklumat dan pembantu-pembantu pegawai dengan Ketua-Ketua Guru Ugama telah diadakan di Sekolah Ugama Beribi pada 21 Januari 2014M.





Di dalam perjumpaan tersebut, Ketua Unit Sekolah Swasta iaitu Ustazah Zaharinah binti Hussain telah menerangkan huraian tugas-tugas dan tanggungjawab seorang Ketua Guru Ugama yang merupakan wakil pihak Jabatan Pengajian Islam di sekolah masing-masing di mana mereka ditugaskan. Taklimat kemudian diteruskan  oleh Ketua Unit Perangkaan & Teknologi Maklumat, Ustazah Ernalisa yang menerangkan mengenai cara-cara membuat penyata bulanan.




Di dalam perjumpaan itu juga, beberapa info mengenai aktiviti-aktiviti keagamaan yang telah dirancang dan akan dilaksanakan pada masa terdekat ini yang mana akan melibatkan guru-guru ugama di sekolah-sekolah swasta. Di antara aktiviti-aktiviti itu ialah Sambutan Maulidur Rasul yang akan diadakan pada hari Jumaat, 24 Januari 2014M di Dewan Perpaduan Sekolah Rendah Rimba I, dan program tarbiyah yang akan diadakan pada bulan Mac akan datang.



Di antara Ketua-Ketua Guru Ugama yang hadir perjumpaan 


Pembantu Pegawai di Unit Perangkaan & Teknologi Maklumat yang baru dilantik (duduk hujung sekali sebelah kiri)


 Doa selamat dibacakan oleh Ustaz Haji Mohd Hairol Haimi bin Haji Usop

No comments:

Post a Comment