Pages

Tuesday, November 26, 2013

Mesyuarat Pertama AJK Unit Sekolah Swasta

Mesyuarat pertama bagi ketua-ketua dan penolong ahli-ahli jawatankuasa pemimpin Unit Sekolah Swasta telah diadakan di Jabatan Pengajian Islam pada 23hb November 2013.

Di antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah penjelasan ringkas tentang tugas-tugas yang akan dilaksanakan oleh setiap bahagian dan ahli-ahli yang dilantik serta gambaran awal mengenai aktiviti-aktiviti yang akan dirancang sepanjang tahun 2014.

Selain itu, ahli-ahli jawatankuasa juga dimaklumkan tentang 'Program Tahmid' yang akan dikendalikan oleh Unit Sekolah Swasta di mana akan melibatkan pelajar-pelajar yang bersekolah di sekolah rendah swasta.




No comments:

Post a Comment