Pages

Friday, May 16, 2014

Klip Video Khas Untuk Mantan Pembantu Unit Sekolah Swasta


Video ini telah ditayangkan di Majlis Meraikan Mantan Pembantu Unit Sekolah Swasta bagi mengenang jasa orang yang diraikan iaitu Ustaz Zamery Bin Haji Nayan yang telah berpindah tugas ke unit yang lain sebagai Pegawai Pengajian Islam Daerah Brunei III.

Majlis Meraikan Mantan Pembantu Unit Sekolah Swasta


 Pada 16 Mei 2014, telah diadakan satu majlis bagi meraikan mantan Pembantu Unit Sekolah Swasta, Ustaz Zamery Bin Haji Nayan, yang telah dilantik ke jawatan yang baru sebagai Pegawai Pengajian Islam Daerah Brunei III.

Friday, May 9, 2014

Kongsisama Tekinik Menjawab Soalan O' Level Bagi Subjek IRK


Bagi meningkatkan lagi pencapaian keputusan GCE O' Level dalam mata pelajaran IRK, Jabatan Pengajian Islam melalui Unit Sekolah Menengah Kerajaan & Swasta di Bahagian IRK telah mengusahakan satu sesi kongsisama di antara guru-guru IRK yang terlibat mengajar pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan GCE O' Level pada tahun ini.

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Sekolah Rendah & Menengah Swasta


Mesyuarat di antara ahli-ahli Jawatankuasa  Sekolah-Sekolah Rendah & Menengah Swasta telah diadakan pada hari Selasa, 22hb April 2014 bertempat di bilik mesyuarat Unit Sekolah Arab, Tingkat 5, Jabatan Pengajian Islam.

Di antara agenda yang dibincangkan adalah seperti berikut:
  1. Kenyataan kunci kira-kira sehingga akhir bulan Mac 2014
  2. Kutipan duit kebajikan Ketua Guru Ugama Rendah & Menengah Swasta
  3. Rancangan aktiviti bagi tahun 2014
  4. Majlis perpisahan bagi Ustaz Zamery bin Haji Nayan
  5. Lain-lain hal 

Thursday, May 8, 2014

Kejohanan Bola Sepak 6 Orang Sepasukan


Tahniah diucapkan kepada pasukan USS (Unit Sekolah Swasta) yang telah menampilkan aksi-aksi hebat sepanjang perlawanan yang disertai di dalam kejohanan bola sepak 6 orang sepasukan anjuran Jabatan Pentadbiran, Kementerian Hal Ehwal Ugama. Sebanyak beberapa buah pasukan yang diwakili oleh jabatan-jabatan, bahagian dan unit di Kementerian Hal Ehwal Ugama berentap untuk merebut Piala Sumbangan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama.