Tahniah diucapkan kepada pasukan USS (Unit Sekolah Swasta) yang telah menampilkan aksi-aksi hebat sepanjang perlawanan yang disertai di dalam kejohanan bola sepak 6 orang sepasukan anjuran Jabatan Pentadbiran, Kementerian Hal Ehwal Ugama. Sebanyak beberapa buah pasukan yang diwakili oleh jabatan-jabatan, bahagian dan unit di Kementerian Hal Ehwal Ugama berentap untuk merebut Piala Sumbangan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Pasukan USS yang juga memiliki beberapa orang pemain bintang telah menurunkan pemain-pemain terhebat mereka iaitu:
- Muhd Nabil bin Haji Maidin
- Kamal bin Haji Abu Hassan
- Shahrul Anuar bin Haji Menudin
- Haji Md. Hairol Haimi bin Haji Usop
- Haji Aminurhazim bin Haji Osman
- Mohd Firdaus bin Haji Wahab
- Mohd Raduan bin Jamil
- Noll Hasrul Asma bin Haji Pawi

Walaupun pasukan USS tidak berjaya mara ke pusingan seterusnya,Unit Sekolah Swasta masih tetap boleh mendabik dada kerana memiliki pasukan yang 'pantang undur sebelum berjuang'. Semangat, kegigihan dan kerjasama berpasukan yang ditunjukkan pasukan USS tersebut mencerminkan budaya kerja yang diamalkan oleh pegawai dan guru-guru di Unit Sekolah Swasta dalam menjalankan kewajipan dan tugas harian mereka.
No comments:
Post a Comment