Pages

Thursday, October 23, 2014

Acara Walkathon Sempena Hari Guru 2014


Acara walkathon ini adalah merupakan salah satu acara yang menjadi aktiviti tahunan dan dikendalikan oleh Ahli Jawatankuasa Pemimpim Unit Sekolah Swasta. Acara ini lazimnya diadakan sempena menyambut Hari Guru dan penyertaannya terbuka kepada semua guru-guru di Jabatan Pengajian Islam dan ahli keluarga masing-masing, khasnya bagi guru-guru IRK yang berada di bawah Unit Sekolah Swasta.

Wednesday, October 22, 2014

Tatacara Menghadapkan Permohonan Ke Bahagian Kewangan, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama



TATACARA MENGHADAPKAN PERMOHONAN
KE BAHAGIAN KEWANGAN (PERKHIDMATAN KORPORAT
JABATAN PENGAJIAN ISLAM
KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

(A) BERHUBUNG DENGAN ELAUN

1.        PERMOHONAN PINJAMAN WANG BAGI PEMBELIAN KENDERAAN
1.1      BAGI PEGAWAI ATAU KAKITANGAN YANG BERJAWATAN TETAP:
(a)    Borang dan surat permohonan hendaklah disertakan.
(b)   Salinan Kad Pengenalan / pintar.
(c)    Salinan Lesen Memandu.
(d)   Salinan Slip Gaji yang terakhir.
(e)   Salinan kebenaran pinjaman yang lalu jika ada, berserta dengan salinan Slip Gaji terkini.
(f)     Bagi pegawai atau kakitangan yang baru berkhidmat atau baru pernah memohon sila sertakan Surat Tawaran Jawatan (JPA), salinan Surat Lantikan (JPA), salinan Surat Makluman Melapor Diri (JPA) atau Surat Penetapan Jawatan hendaklah disertakan.


Tuesday, October 14, 2014

Program Syababul Islam 2014



Jabatan Pengajian Islam secara berterusan mengendalikan program-program sokongan ke arah meningkatkan penghayatan hidup berugama di kalangan pelajar-pelajar Islam di Negara Brunei Darussalam khususnya pelajar-pelajar sekolah menengah bagi membendung dan menangkis isu-isu sosial di kalangan remaja masa kini.